![]() |
Gambaran orang yang mengidap penyakit sembelit |
Assalamualaikum...kepada kawan-kawan muslimku dan salam sejahtera kepada kawan-kawan yang bukan muslim. Hari ni, aku nak berkongsi cerita aku yang pernah mengidap penyakit sembelit. Haaa...kalo orang yang dah pernah alami penyakit sebegini mesti dah tahukan camne rasanya. BAgi akulah yang dah ada pengalaman mengidap penyakit ni memang serius aku katakan, ianya sangat menyeksakan.
Korang cuba bayangkan kalo korang tak boleh buang air besar dalam masa seminggu apa yang korang rase...Perrgghhh memang tak dapat nak bayangkan la...Ada kawan aku cerita orang kampung dia lagi la teruk sampai sebulan dia tak boleh buang air besar dan pastu terpaksa kena bedah sebabnya najis yang terkumpul didalam badan orang tu dah keras macam simen.
Lihatlah betapa seriusnya penyakit macam ni. Kalo korang mengidap penyakit sebegini aku nasihatkan jangan minum air teh 'o' sebab ia akan membuatkan korang makin susah nak buang air besar.
Cara-cara nak atasi penyakit sembelit:
Ok, kalo ikut pengalaman aku memang banyak cara nak atasi masalah tersebut seperti guna ubat kelinik ke, ubat tradisional ke atau kawalan pemakanan seharian.
1. Enema:
![]() |
Royce Enema |
2. Kordel fibre plus(Makanan tambahan (vitamin))
![]() |
Kordel Fibre Plus |
Haa...kalo yang ni pulak namanya kordel fibre plus iaitu makanan tambahan yang mempunyai fibre. MEngikut pengalaman masa aku mencari penawar, aku adalah pergi kat sebuah farmasi di kampung aku lalu aku pun tanyalah ubat yang sesuai untuk penyakit aku ni pada doktor farmasi tu. Lalu dia pun beritahu yang kadang-kadang badan kita ni perlukan fibre lebih barulah proses pembuangan najis tu boleh dilakukan dengan sempurna. Jadi aku pon belilah vitamin tersebut. Aku pon makanlah 2 biji pada malam yang pertama. Keesokan paginya, tiba-tiba aku rasa sakit perut teramat sangat. Aku pon pe lagi cepat-cepat la pergi ke jamban untuk buang air besar. Alhamdulillah...akhirnya aku boleh buang air besar juga..dan pada hari-hari lain aku pon boleh buang air besar macam biasa tetapi aku kena makan vitamin ni hingga habis la. Kalo korang nak tau harga dia ikut atas farmasi jugak.. Kalo harga dia aku bajet dalam sekitar RM30-RM40 la. Kalo kat guardian harga dia adala dalam RM31.90 yang pastinya.
3. Julap:
![]() |
Contoh gamabaran julap (sekadar gambar hiasan ) |
Kalo korang mak tahu ni la julap. Julap ni ubat pelawas secara tradisional yang digunakan untuk melancarkan lagi prooses pembuangan najis. Ubat boleh dikatakan berkesan jugak tapi ia jugak mempunyai kesan sampingannya. Menurut pengalaman aku yang membuat temuramah dengan seorang bekas pesakit sembelit yang menggunakan julap sebagai ubat pelawas memberitahu aku bahawa kesan mengamalkan makan julap ni besar. Macam pesakit tu kata die amalkan makan julap dan akhirnya dia terpaksa dibedah untuk dipotong ususnya. Katanya lagi, ususnya terpaksa dipotong kerana dinding ususnya telah tipis jadi itulah sebab ususnya dipotong. jadi, kawan-kawan hati-hatilah bila menggunakan julap.
4. Kawalan pemakanan seharian:
![]() |
Horlick (Antara minuman yg mengandungi fiber) |
![]() |
Roti Buku (Makanan yg mengandungi fiber) |
Roti juga salah satu makanan yang mengandungi fiber. Kalo boleh korang amalkan sarapan pagi dengan roti ni bagus juga untuk proses pelawasan.
![]() |
Nestle Bliss (Minuman yogurt yg mengandungi inulin) |
Haa....minuman yogurt ni pon bagus jugak untuk proses pelawasan. Kalo korang nak tau, dalam minuman yogurt ni ada satu bahan yang dipanggil INULIN yang membantu melancarkan proses penghadaman dan proses pelawasan. Jadi, kalo korang jenis yang tak kedekut sangat belilah 2 botol untuk sebulan yang penting badan korang sihat.
5. Kawal dan kurangkan stress:
![]() |
Adakah muka korang macam ni bila stress |
Salah satu faktor kita sembelit selain dengan sengaja menahan dari membuang air besar, stress juga menyebabkan kita mengahadapi masalah sembelit dimana minda kita ni tertekan dan apabila stress berlaku mood seseorang itu akan jadi kurang baik dan apabila mood jadi kurang baik, deria rasa kita akan jadi kurang berfungsi. jadi, amalan-amalan yang boleh membantu mengatasi untuk menenangkan fikiran ialah mengaji Al-Quran, mengulangkaji pelajaran, bersukan dan sebagainya yang boleh membantu menyelesaikan masalah stress ni.
Jadi, itulah serba sedikit tentang "bagaimana mahu mengatasi masalah sembelit ni". Aku harap, cerita dan pengalaman aku ni boleh la membantu sedikit-sedikit pada bagi mereka yang mengidap penyakit sembelit ni.
Nasihat: Jangan amalkan tahan-tahan kalo dah sakit perut nak membuang dan jangan makan terlalu banyak sebab ia juga salah satu faktor yang menyebabkan sembelit
Notis: Kepada pelawat-pelawat blog yang mempunyai pengetahuan tentang cerita ni boleh la berkongsi atau perbetulkan apa yang disamapaikan ni sebab cerita ni ditaip mengikut pengalaman dan hasil temuramah oleh beberapa doktor dan pesakit.
Tq tuan.
ReplyDeleteMaklumat berguna. Terima kasih.
ReplyDeleteKan....seksa gila sembelit.
ReplyDeleteSetuju. Untuk elak sembelit, pemilihan makanan amatlah penting selain kandungan air yang mencukupi dalam badan. Purata pengambilan air harian yang baik adalah berat badan dikali dengan 3. Contoh, Berat badan 50kg kali 3 = (150) x 100 = (1500ml) sehari. Saya juga syorkan minuman jus yang saya amalkan sekian lama utk memudahkan proses pembuangan harian saya. Sangat mudah. Boleh lihat di sini >>> https://www.solusisembelit.com/
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSerius ke makan julap sampai kena potong usus sebab usus menipis? Aduh, gerunnya.
ReplyDeleteApa-apa pun, jaga pemakanan juga cara terbaik ya..